Sejarah Sekolah

Print
Category: Umum Published on Tuesday, 13 December 2016 Written by Administrator

SMK Segambut Jaya dilahirkan dengan tradisi mendidik pelajar-pelajar seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara. Dari sudut sejarah, SMK Segambut Jaya ditubuhkan pada 04 Disember 1995 dengan menumpang dipremis SRK Segambut Jaya sehingga 30 Mei 1997. SMK Segambut Jaya mempunyai keluasan tanah berukuran 9.6 ekar. Ia terletak di Lembah Segambut, 6 kilometer dari pusat Bandar Kuala Lumpur. Sekolah ini mempunyai 4 blok, 36 buah kelas, 6 buah makmal, 2 bilik senilukis, 2 buah bilik guru, sebuah perpustakaan, bilik computer, bilik kebal, bilik pengawas, kantin dan satu blok tingkat bawah untuk Kemahiran Hidup.

Sekolah ini mula beroperasi dibawah pimpinan Pn Fitriah Bt Yusof sebagai pengetua pertama dengan dibantu oleh 11 orang kakitangan akademik dan 2 orang kakitangan bukan akademik. Bilangan pelajar yang mendaftar pada tahun pertama adalah seramai 231 orang. Tujuh kelas telah diwujudkan dengan dua Kelas Peralihan dan lima kelas Tingkatan Satu.

Tanggal 16 Februari 1996, warga SMK Segambut Jaya telah menerima pengetua baru iaitu En Alias B Abdul Karim setetah Pn Fitriah berpindah ke SM Convent, Klang. Tempat En Alias seterusnya diganti pula oleh Tn Haji Supandi B Ismial. Seterusnya Tn Haji Ahmad B Abdullah. Pada awal tahun 2005 sehingga pertengahan tahun 2007 En Tajuddin B Mohamd Mor pula menjadi pengetua. Selepas En Tajudin bersara  pengetua  SMK Segambut Jaya diganti dengan Tn Haji Muhamad Khailani B Abdul Jalil iaitu mulai pertengahan tahun 2007 hingga pertengahan tahun 2015. Setelah Tn Haji Muhamad Khailani bersara pengetua SMK Segambut Jaya diganti pula dengan Pn Hjh Shahida Bt Hj Azizan hingga kini. Beliau merupakan pengetua wanita pertama sejak sekolah ini ditubuhkan.

Sehingga kini SMK Segambut Jaya mempunyai Kakitanga Akademik seramai 70 orang, Ketua Pembantu Tadbir seorang, Ketua Penyelia Asrama seorang, Pembantu Tadbir seorang, Penyelia Asrama seorang, Pembantu Makmal 3 orang, Pembantu Am Pejabat 5 orang, Pembantu Tadbir Rendah seorang dan Pemandu seorang. Manakala jumlah pelajar pula mencecah seribu orang.

Hits: 1178