Moodle

You are not logged in. (Login)

Skip Pengumuman

Pengumuman


Vertical Scroller v3.5 - Free Javascript Vertical Text Scrolling Script
Skip Sisipan minda

Sisipan minda

PENGGUNAAN Sejaya LMS bukan saja memberi alternatif kepada guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran, sebaliknya banyak menyediakan wadah untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat tambahan yang boleh diaplikasi guru dan pelajar.
book

Skip KPM komited terhadap MBMMBI

KPM komited terhadap MBMMBI

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) akan berusaha lebih gigih untuk memartabatkan bahasa Malaysia dengan mengukuhkan penggunaannya sebagai bahasa pengantar dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan matlamat kerajaan dalam Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
muhyidin

Blog Berita Terkini

Picture of ADMIN_ 1
Markah Kokurikulum 2012
by ADMIN_ 1 - Monday, 6 August 2012, 07:14 PM
 
PERHATIAN! big grin

- Guru-guru penasihat diminta memasukkan markah pelajar kali kedua jika didapati namanya tercicir dari senarai atau menerima pelajar tersebut sebagai ahli baru.
- Pemberian markah adalah atas pertimbangan guru penasihat. Dicadangkan pemberian markah bagi pelajar-pelajar ini adalah seperti berikut:
a. Jawatan- 1 (ahli biasa)
b. Penglibatan - 8 (peringkat sekolah)
c. Pencapaian - 0
d. Kehadiran - 3 kali kehadiran
- Guru-guru penasihat masih boleh menggunakan username dan password yang sama untuk login ke sistem e-Koko.
- Tarikh tamat pemberian markah kali kedua ialah 13 Ogos 2012.

Sekian, terima kasih.

Picture of ADMIN_ 1
Nama LMS Pelajar Tingkatan 3
by ADMIN_ 1 - Tuesday, 1 February 2011, 07:17 PM
 

Pengumuman Kepada Pelajar Tingkatan 3, 2011

Bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang tidak dapat Login ke SejayaLMS, sila isi borang maklumat yang disediakan. Sila KLIK DI SINI untuk mengisi Borang Maklumat Diri. Nota : Sila pastikan email yang dimasukkan adalah betul. Ini untuk memudahkan proses penghantaran Username dan Password. Sekian, terima kasih.

Perhatian: Saya telah pun daftarkan pelajar-pelajar yang mengisi Borang Maklumat Diri. Pelajar-pelajar ini bolehlah login ke LMS dengan menggunakan Username dan Password yang telah dihantar melalui email yang diberikan. Walau bagaimanapun masih terdapat pelajar yang memberi email yang salah atau email yang tidak wujud. Ini menyebabkan saya tidak dapat menghantar Username dan Password.

Picture of ADMIN_ 1
Cyberkid serlah minat pelajar Asia terhadap ICT
by ADMIN_ 1 - Monday, 15 March 2010, 08:29 PM
 

Peserta ciber kid

Pelajar dari 10 negara - Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam teruja dengan setiap pekara baru yang dipelajari pada program Asean Ciberkids Camp (ACC) yang diadakan di Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tujuan utama program tersebut untuk meningkatkan kemahiran komputer para pelajar berasal dari kawasan pendalaman yang kurang mendapat pendedahan dalam bidang teknologi maklumat (ICT).

(Sumber :Utusan Online | 15 Mac 2010)

Picture of ADMIN_ 1
SPM: 7,987 cemerlang
by ADMIN_ 1 - Friday, 12 March 2010, 10:41 AM
 
  • Seramai 7,987 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 memperoleh gred cemerlang (A+, A, dan/atau A-) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.
  • Daripada jumlah itu, seramai 255 calon mendapat gred cemerlang tertinggi A+ iaitu 214 calon dari sekolah Kementerian Pelajaran manakala 41 calon lagi merupakan calon persendirian, swasta dan sekolah tajaan agensi.
  • Pada keseluruhannya pencapaian calon kali ini amat membanggakan dan melebihi pencapaian tahun sebelumnya.
  • Pencapaian calon mengikut lokasi bandar dan luar bandar juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

  • (Sumbar Utusan Online)
    Picture of ADMIN_ 1
    Keputusan SPM, STAM 11 Mac
    by ADMIN_ 1 - Tuesday, 9 March 2010, 10:55 AM
     

    KUALA LUMPUR 4 Mac - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumumkan pada 11 Mac ini.

    Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mat Dom berkata, calon-calon kedua-dua peperiksaan tersebut boleh mendapatkan keputusan berkenaan di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.

    "Calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata, analisis keputusan peperiksaan tersebut juga akan dibentangkan pada hari yang sama di Kementerian Pelajaran.

    Sejumlah 465,853 calon mengambil SPM dan 6,920 lagi menduduki STAM tahun lalu.

    (Sumber: Utusan Online)

    (Edited by ADMIN_ 2 - original submission Tuesday, 9 March 2010, 09:06 AM)

    Picture of ADMIN_ 2
    TM tingkatkan kemahiran ICT sekolah
    by ADMIN_ 2 - Tuesday, 9 March 2010, 10:54 AM
     
    TELEKOM Malaysia Berhad (TM) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC) menganjurkan program pendidikan berasaskan multimedia yang dikenali sebagai Digital Story Telling (DST) dalam usahanya memupuk kesedaran tentang manfaat aplikasi-aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kalangan pelajar sekolah.
    (Sumber: Tutor Utusan)
    Picture of ADMIN_ 1
    Selamat Datang Ke Sejaya LMS
    by ADMIN_ 1 - Tuesday, 9 March 2010, 12:49 AM
     
    Sukacitanya dimaklumkan bahawa Sejaya LMS telah sedia digunakan oleh para guru dan pelajar SMK Segambut Jaya. Guru-guru boleh lah menggunakan LMS ini untuk memudahkan dan membantu dalam PnP. Bagi guru-guru yang berninat bolehlah berjumpa dengan saya untuk penerangan lanjut.
    TQ.

    Skip LoginSkip Calendar

    Calendar

    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    1 2 3 4 5 6 7
    8 9 10 11 12 13 14
    15 16 Today Tuesday, 17 October 17 18 19 20 21
    22 23 24 25 26 27 28
    29 30 31     
    Skip Kalender Hijrah

    Kalender Hijrah


    Skip Masa Anda

    Masa Anda

    Skip Latest News

    Latest News

    • 6 Aug, 19:14
      ADMIN_ 1
      Markah Kokurikulum 2012 more...
    • 1 Feb, 19:17
      ADMIN_ 1
      Nama LMS Pelajar Tingkatan 3 more...
    • 15 Mar, 20:29
      ADMIN_ 1
      Cyberkid serlah minat pelajar Asia terhadap ICT more...
    • 12 Mar, 10:41
      ADMIN_ 1
      SPM: 7,987 cemerlang more...
    • 9 Mar, 10:55
      ADMIN_ 1
      Keputusan SPM, STAM 11 Mac more...
    • 9 Mar, 10:54
      ADMIN_ 2
      TM tingkatkan kemahiran ICT sekolah more...
    • 9 Mar, 00:49
      ADMIN_ 1
      Selamat Datang Ke Sejaya LMS more...
    Skip Online Users

    Online Users

    (last 5 minutes)
    None
    Skip Main Menu